CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kenangan Terindah (sekiranya tiada paparan gambar, klik continue)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Assignment 3 : Pautan dan Kritikan Artikel


CONTENT 1 – CONCEPTIONS OF INTELLIGENCE
Article 1 : The Three-Ring Conception of Giftedness
Comment 1 :
Artikel ini dtulis oleh Joseph S. Renzulli yang memfokus kepadadua perkara utama iaitu apa yang membuatseseorang itu berbakat dan bagaimanakita boleh mengembangkan bakat pada orang muda dan orang dewasa. Dalam mengklasifikasikan seseorang itu adalah gifted and talented, Renzulli (1986) mengemukakan modelnya yang tersendiri didalam kajian yang dibuatnya. Model tersebut dikenali sebagai Renzulli’s Three-Ring Model yang mengemukakan tentang tiga traits iaitu kebolehan yang tinggi (Above-average ability), penglibatan dalam tugas (task commitment) dan kreativiti (creativity). Selain itu, beliau juga mengembangkan model keberbakatan yang dikenali sebagai “Schoolwide Enrichment Model". Model ini bertujuan untuk mengembangkan bakat-bakat kreatif yang ada padi diri kanak-kanak di sekolah. Renzulli lebih memfokuskan kajiannya kepada pengenalan dan pembangunan kreativiti dan keberbakatan yang ada pada golongan muda. Selain itu, beliau juga membuat penelitian terhadap model organisasi dan strategi kurikulum untuk memperbaiki keseluruhan sekolah di sana. Hasil pemfokusan yang telah dibuat oleh Renzulli ini telah diterapkan juga dengan strategi pendidikan berbakat untuk peningkatan pembelajaran bagi semua pelajar.

Article 2 : What s Giftedness?
Comment 2 :
Artikel ini ditulis oleh Linda Kreger Silverman, Phd. Artikel ini adalah berkaitan dengan penulis mencari apa sebenarnya maksud kepintaran. Ini kerana terdapat perbezaan pendapat di antara lelaki dan perempuan tentang takrif kepintaran. Lelaki menyamakan kepintaran dengan pencapaian manakala perempuan pula berpendapat bahawa kemajuan pembangunan. Mereka juga berpendapat bahawa kanak-kanak yang berbakat sukar mendapat teman bermain dan kurikulum yang sesuai di sekolah. Kanak-kanak pintar dan orang dewasa melihat dunia secara berbeza kerana kerumitan proses pemikiran mereka. Penulis berpendapat bahawa kemajuan perkembangan anak-anak boleh dilihat di awal usia mereka.

Article 3 : Knowns and Unknowns
Comment 3 :
Individu yang berbeza daripada satu sama lain dalam kemampuan mereka untuk memahami idea-idea yang kompleks, untuk menyesuaikan diri secara efektif terhadap persekitaran, untuk belajar dari pengalaman, untuk terlibat dalam pelbagai bentuk penghujahan,dan juga pemikiran. Walaupun perbezaan-perbezaan individu boleh substansial, mereka tidak pernah sepenuhnya konsisten. Prestasi intelek seseorang akan berubah-ubah pada pelbagai peluang, dalam domain yang berbeza.  Konsep "kecerdasan" adalah usaha untuk memperjelas dan menetapkan set fenomena kompleks. Artikel ini akan menjelaskan konsep kepintaran berdasarkan beberapa teori seperti  Teori Gardners, Teori Sternberg, Teori Piaget dan Teori Vygotskys dengan menggunakan pendekatan psikometrik dan biological.

Article 4 : Definition of Intelligence
Comment 4 :
Artikel ini adalah berkisarkan tentang definisi kepintaran yang bagi mereka adalah begitu kompleks. Penyelidikan dan pengukuran kepintaran telah menjadi topik kajian yang penting  hampir selama 100 tahun IQ adalah konsep yang kompleks, dan penyelidik di bidang ini berdebat antara satu sama lain tentang pelbagai teori yang telah dibangunkan. Tidak ada kesepakatan yang jelas mengenai apa yang dimaksudkan IQ atau bagaimana mengukurnya. Howard Gardner (1983, 1993), Robert Sternberg (1988, 1997), dan David Perkins (1995) telah banyak menulis dan menjual buku-buku yang meringkaskan maksud kepintaran mengikut pandang mereka. Kepintaran adalah kombinasi kepintaran untuk belajar, mengenali masalah dan menyelesaikan masalah.

Article 5 : Intelligent, Concept of
Comment 5 :
Artikel ini adalah berkaitan dengan konsep kepintaran. Ujian kepintaran telah dibangunkan untuk mengukur kepintaran seseorang. Beberapa orang berpendapat kepintaran adalah potensi individu untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan situasi baru, berkemampuan menyelesaikan masalah atau menghasilkan idea-idea abstrak.

CONTENT 2 – PERSONALITY AND LEARNING STYLES IN GIFTED CHILDREN
Article 1 :  Understanding Personality Types
Comment 1 :
Persenaliti setiap anak yang dilahirkan adalah berbeza-beza. Artikel ini adalah berkaitan dengan personaliti dan pelbagai cara untuk melihat personaliti. Salah satu cara adalah menggunakan petunjuk Myers Briggs berdasarkan psikologi Jung yang bertujuan untuk meninjau keperibadian anak-anak yang masih muda. Terdapat empat dimensi personaliti iaitu “sensing atau intuiting, “feeling atau thinking”, “judging atau perceiving” dan “introversion atu extraversion”. Ibu bapa juga perlu menghormati keperibadian anak-anak bagi membantu mereka mengembangkan personaliti.

Article 2 : Personality and Cognitive Learning Styles of Academically Talented Students
Comment 2 :
Artikel ini adalah berkaitan dengan terdapat banyak kajian atau penulisan yang membincangkan mengenai keperluan dalam menguasai cara pembelajaran yang betul, cara pendidik mengasah bakat setiap pelajar bagi meningkatkan kefahaman sertakonsep belajar sendiri terutama pelajar berbakat.Para penyelidik telah mengkaji ciri-ciri personaliti dan pembelajaran secara kognitif oleh pelajar yang pintar dalam akademik dan intelektual sejak lebih empat puluh tahun. Kajian-kajian yang dijalankan adalah bagi memastikan ciri-ciri yang ditunjukkan berkaitan dengan pencapaian, perbezaan jantina dalam pencapaian matematik serta keupayaan dalam pencapaian. Dalam sebuah kajian yang membandingkan pelajar yang berbakat dengan kumpulan rakan sebaya yang mempunyai kemampuan yang berbagai mendapati bahawa mereka berbeza daripada empat dimensi penting dari gaya kognitif iaitu sensing atau intuiting, “feeling atau thinking”, “judging atau perceiving” dan “introversion atu extraversion”.

Article 3 : Parent and Gifted Child Personality Types and School Adjustment
Comment 3 :
Artikel ini adalah berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan mengenai 300 personaliti keluarga berdasarkan empat faktor daripada petunjuk Myers Briggs. Jenis personalti ibu bapa mempunyai hubungan yang rapat dengan anak yang berbakat. Ibu bapa juga mempunyai banyak pilihan apabila sekolah mempunyai kelompok pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan. Apabila mereka mengetahui bagaimana menetapkan sesuatu kelas untuk anak mereka, mereka boleh bertindak balas terhadap situasi dan keperluan. Apabila kita mengetahui jenis personaliti ibu bapa dan anak-anak, ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Untuk kanak-kanak, ia dapat membantu ibu bapa yang jenis tidak fleksibel terhadap anak-anak untuk memahami anak mereka lebih baik dan mengubah persekitaran anak  dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi sekolah. Untuk ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka melakukan yang terbaik dapat memahami bagaimana sekolah yang mengatur dan bagaimana mempengaruhi pengalaman mereka menjadi nyata. Jenis personality ini membantu ibu bapa dan guru untuk memahami anak-anak berbakat ini di sekolah.

Article 4 : Learning Styles for Gifted Children
Comment 4 :
Artikel ini membicarakan tentang pemprosesan otak, visual-spatial learners, dan gaya belajar Auditory-Sequential Learner. Ada banyak teori yang berbeza untuk belajar gaya. Bagaimana anak-anak berbakat sesuai dengan gaya belajar? Dr Linda Silverman mendirikan Pusat Pembangunan Berbakat (GDC) lebih dari 30 tahun yang lalu, dan telah menguji beribu-ribu anak-anak berbakat. Sebagai hasil dari pengalaman, beliau telah membuat kesimpulan bahawa perbezaan utama dalam gaya belajar anak-anak berbakat bergantung pada apakah pemikiran anak didominasi oleh otak belah kiri atau otak belah mereka.

Article 5 : Perfectionism in Gifted Children
Comment 5 :
Artikel ini adalah berkaitan dengan kesempurnaan yang merupakan cirri-ciri yang terdapat oleh kanak-kanak pintar. Ibu bapa, pendidik dan penyelidik mempunyai pendapat yang tersendiri dengan maksud kesempurnaan dan kesan-kesan dari sikap tersebut terhadap perkembangan minda kanak-kanak pintar. Ciri kesempurnaan ini sebenarnya dilabelkan oleh masyarakat terhadap kanak-kanak pintar ini. Kesan negatif yang dihadapi oleh mereka seperti menyalahkan diri sendiri adalah tekanan yang dihadapi daripada masyarakat sekeliling kerana menganggap kanak-kanak pintar ini mempunyai kesempurnaan yang tinggi. Memandangkan kanak-kanak pintar berisiko tinggi mengalami kesan-kesan negatif tersebut, ibu bapa dan guru-guru perlulah lebih memahami dan mengeksploitasikan sikap mementingkan kesempurnaan tersebut ke jalan yang betul.

CONTENT 3 – GIFTEDNESS IN EARLY CHILDHOOD

Article 1 :The Early Years of Albert Einstein
Comment 1 :
Artikel ini adalah berkaitan dengan sebuah kajian kes yang membahaskan tentang kehidupan awal Albert Einstein melalui teori dan penyelidikan dalam usaha memahami mengapa beliau menjadi pelajar berprestasi rendah di sekolah. Prestasi rendah umumnya dipandang sebagai perbezaan tahap pelajar dengan potensi akademik mereka. Ini adalah sikap belajar yang boleh disebabkan oleh faktor di dalam dan luar sekolah termasuk keluarga dan masyarakat, kurikulum sekolah dan kaedah pengajaran, dan ciri personaliti. Cara mengenal pasti pelajar berbakat berprestasi rendah berkaitan rapat dengan mengenal pasti bakat itu sendiri dan pelajar berbakat boleh terpinggir jika sekolah adalah konservatif. Hal ini juga menyoroti keperluan guru untuk memastikan bahawa mereka mengikuti perkembangan terbaik sehingga mereka dapat memenuhi keperluan pendidikan untuk pelajar pintar dalam kelas mereka.

Article 2 : Highly gifted children in the early years
Comment 2 :
Artikel ini ditulis oleh Mirara Gross adalah mengenai perkembangan dan keperluan kanak-kanak pintar pada masa waktu bayi, kanak-kanak dan prasekolah. Ia juga membincangkan tentang tahap pemikiran mereka yang sangat ekstrem serta mengenal pasti dan keperluan kanak-kanak pintar ini.Kanak-kanak pintar sering kali disalah anggap di awal pendidikan mereka seperti kesalahan mengenalpasti, kurikulum yang tidak mencukupi. Faktor lain adalah seperti kemampuan mereka berbeza daripada rakan sebaya. Guru juga tidak mempunyai latihan dalam pendidikan kanak-kanak pintar dan tidak menggunakan ujian prestasi dalam mengenal pasti kanak-kanak pintar ini. Pekembangan awal kanak-kanak pintar ini hanya dikenalpasti melalui percakapan, gerakan dan pembacaan yang menjadi petunjuk kemampuan intelektual yang luar biasa.

Article 3 : Nurturing The Giftedness in All Children
Source :
Comment 3 :
Semua kanak-kanak mempunyai potensi untuk melakukan melampaui apa yang biasanya diharapkan, jadi bagaimana kita memelihara kurnia di dalam semua kanak-kanak? Beberapa orang mengatakan bahawa dalam mengenal pasti kanak-kanak pintar' pada awal usia anak-anak adalah sukar.

Article 4 : Giftedness in Early Childhood: The Search for Complexity and Connection
Comment 4 :
Kanak-kanak pintar menunjukkan ciri-ciri khas terutama dalam domain kognitif, sosial dan emosional. Sifat pemikiran kanak-kanak pintar bermula tempoh anak usia awal. Terdapat berbagai definisi tentang kepintaran. Kepelbagaian definisi ini menunjukkan kesan daripada penyelidikan dan menunjukkan bahawa pengetahuan tentang kanak-kanak pintar ini terus dikaji. Kepintaran anak pada awal usia adalah anak-anak yang mempunyai kemampuan untuk melakukan satu atau lebih domain berbanding rakan-rakan seusianya.

Article 5 : Sign of Giftedness in Early Childhood
Comment 5 :
Tanda-tanda kanak-kanak pintar dapat dikenal pasti dengan cara perkembangan kanak-kanak tersebuh seperti kebolehan membaca, bercakap di awal usia. Selain itu, mereka juga mempunyai karektor seperti memerlukan tidur yang sekejap, fasih apabila bercakap, menggunakan perkataan yang jarang digunakan, berdikari, memerlukan perhatian, cepat bosan dengan perkara atau permainan yang mudah dan sebagainya. Oleh itu, setiap anak-anak dilahirkan dengan potensi yang kreatif tetapi ibu bapa dan guru perlu merangsang potensi tersebut seperti menyediakan persekitaran yang kreatif dan menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif.

CONTENT  4 – CHARACTERISTICS AND NEEDS OF TALENTED LEARNERS
Article 1 : Characteristics and Competencies of Teachers of Gifted Learners: The Hong                                           Kong Teacher Perspective
Comment 1 :
Di Hong Kong, kanak-kanak pintar memerlukan pembelajaran yang khusus, keperluan soaial-emosional dan kurikulum yang berbeza dengan persekitaran belajar yang opimum.Guru juga mempunyai pengaruh yang signifikan dalam pembelajaran dan kejayaan program kanak-kanak pintar. Guru-guru juga perlu dilatih untuk mengajar kanak-kanak pintar ini kerana kejayaan pembangunan program untuk kanak-kanak pintar ini bergantung kepada guru yang dilatih. Pendidikan untuk kanak-kanak pintar di Hong Kong lebih menekan kepada guru keran guru berkesan untuk memberi pemahaman dan pembangunan profil kanak-kanak pintar ini. Ciri-ciri guru-guru yang berjaya adalah serupa dengan yang ditemui pada pelajar pintar dan berbakat, dan dikehendaki oleh semua guru. Ciri-ciri ini termasuklah menjadi sangat cerdas, berorientasikan prestasi, berpengetahuan dan fleksibel,mempunyai kepentingan budaya dan intelektual, menghormati perbezaan individu, dan berhubungan baik dengan individu-individu berbakat.

Article 2 : Characteristics of A Gifted Student
Comment  2 :
Pelajar pintar ini mempunyai ciri-ciri yang positif an negatif. Dalam pembelajaran, pelajar pintar mempunyai ciri-ciri besar banyak yang membuat pengajaran guru menarik kerana mereka berkemampuan untuk belajar dan menyimpan maklumat dengan cepat, mereka tertarik untuk belajar perkara baru dan biasanya mempunyai banyak soalan untuk bertanya. Mereka juga berkali-kali akan mempunyai keinginan untuk belajar membaca dan matematik pada peringkat lebih cepat daripada pelajar-pelajar lain. Anda juga akan mendapati bahawa mereka menyelesaikan sesuatu tugasan dengan cepat dan tertarik dalam melakukan lebih tugasan. Namun, mereka juga mempunyai ciri-ciri negatif yang boleh membuat pengajaran sukar. Pelajar pintar juga mempunyai ciri-ciri personaliti seperti suka berdebat tentang sesuatu isu dalam pembelajaran. Mereka juga mempunyai ciri-ciri suka berjenaka.

Article 3 :Gifted?
Comment 3 :
Masyarakat menganggap pelajar pintar akan melakukan semua perkara dengan baik. Guru juga memerlukan bantuan mereka untuk membantu pelajar-pelajar lain dalam belajar. Ini hanyalah mitos yang tidak memahami keperluan pelajar pintar ini. Tujuan nebgajar pelajar pintar adalah sama dengan tujuan mengajar semua pelajar. Namun, pelajar pintar ini berkemampuan belajar lebih daripada pelajar yang sama usianya. Faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah kurangnya pengubahsuaian kurikulum, kurangnya pendedahan ke tahap pemikiran yang lebih tinggi. Artikel ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan memahami pelajar pintar cerdas ini dan menyarankan cara-cara yang dapat memenuhi keperluan mereka.

Article 4 : Characteristics and Needs of The Gifted
Comment 4 :
Artikel ini secara keseluruhannya mengupas dengan baik keperluan dan ciri-ciri pelajar pintar. Menurut Dr. Linda Silverman dari Gifted Development Center, ibu bapa adalah golongan yang terbaik yang dapat mengenalpasti kepintaran anak mereka. Kajian mendapati 84% daripada kanak-kanak yang dikatakan pintar oleh ibu bapa mereka menepati skor 120 IQ. Lebih 95% pula menunjukkan bahawa kepintaran dalam lebih dari satu bidang. Namun 'asynchronous development' menyebabkan skor IQ mereka menurun. Jika anda merupakan ibu bapa yang berpendapat bahawa anda mempunyai anak yang pintar, langkah berikut perlulah diambil. Antaranya adalah dengan mengenalpasti sama ada anak anda menjukkan sifat yang unggul dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Anak anda juga perlu diperhatikan sikap ingin tahu secara intelektual, kerap menanya soalan dan menunjukkan minat yang mendalam secara semulajadi tentang manusia dan kehidupan.

Article 5 : Characteristics of Gifted Students
Comment 5 :
Artikel ini membincangkan tentang definisi, model dan cirri-ciri pelajar pintar cerdas. Pelajar berbakat atau pelajar pintar cerdas adalah seorang kanak-kanak atau pelajar yang menunjukkan potensi prestasi di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan orang lain pada usia yang sama, pengalaman atau persekitaran.Artikel ini menetapkan ciri-ciri yang sesuai dengan bahagian-bahagian yang spesifik. Mereka tidak menunjukkan kecenderungan kemampuan dalam semua bahagian. Para penyelidik mengenal pasti ciri-ciri tersebut adalah berkaitan dengan kebolehan intelektual seperti cepat belajar, mempunyai memori yang tinggi, penggunaan perbendaharaan kata yang tinggi dan sebagainya.
       
CONTENT 5 – IDENTIFICATION AND ASSESSMENT OF TALENTED LEARNER
Article 1 : Is My Child Gifted?
Comment 1 :
Setiap anak yang berbakat dan tidak berbakat adalah berbeza antara satu sama lain. Ibu bapa sering tertanya-tanya adakah anak mereka pintar ataupun tidak. Namun, anak-anak yang berbakat dapat dilihat daripada sifat dan ciri-ciri mereka seperti membaca awal, mempunyai ingatan yang kuat dan berkemampuan melakukan sesuatu melebihi usianya. Walau bagaimanapun, seseorang anak yang berbakat tidak perlu mempunyai sifat dan ciri-ciri berbakat tersebut untuk menentukannya berbakat. Faktor yang turut perlu diambil perhatian adalah tonggak pembangunan pemikiran anak mereka. Kebiasaannya, kepintaran seseorang itu adalah sangat berkait rapat dengan keturunan. Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk menyenaraikan kelebihan dan perbezaan yang diperhatikan ada pada anak mereka dan membandingkan dengan kanak-kanak seusia dengannya. Artikel ini mengurai dengan sangat baik langkah-langkah yang boleh diambil ibu bapa bagi menyelesaikan kegusaran mereka mengenai kepintaran anak mereka.

Article 2 : The Identification of Students Who Are Gifted
Comment  2 :
Terdapat kontroversi pro dan kontra dalam melabelkan kanak-kanak pintar ini.  Artikel ini membahaskan tentang mengenal pasti pelajar pintar cerdas, kesulitan dalam proses mengenalpasti, amalan mengenalpasti yang tepat dan prosedur yang boleh membantu mengenal pasti pelajar pintar cerdas ini. Sistem sekolah menghadapi kesukaran untuk menjalankan prosedur dalam mengenal pasti pelajar pintar cerdas ini walaupun wang telah diperuntukkan untuk proses menalpasti ini. Pelajar pintar cerdas ini tidak harus diabaikan. Mereka harus dikenalpasti dan menerima pendidikan yang sewajarnya.

Article 3 : Identifying Gifted Children From Diverse Populations
Comment 3 :
Terdapat penyelidikan yangdilakukan untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar seperti yang dilakukan oelh Pusat Penyelidikan Nasioanal / kanak-kanak pintar di luar negara untuk melihat halangan dan kesukaran untuk mengenalpasti pelajar pintar daripada pelbagai latar belakang dan membangunkan strategi untuk mengenal pasti dan penilaian terhadap merea. Hal ini juga berlaku di mana Program Permata Pintar yang telah dijalankan di Malaysia dalam usaha yang sama. Terdapat prinsip-prinsip dalam mengenal pasti pelajar pintar ini seperti menggunakan instrument tertentu seperti ujian IQ.

Article 4 : Development and Validation of Giftedness Assessment Instrument (GAI) for the Identification                 of Creative –Productive Giftedness ability

Comment 4 :
Dalam setiap masyarakat dan setiap sekolah mempunyai pelajar pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas ini mampu memberikan sumbangan terhadap masyarakat kerana mereka mempunyai kekuatan kognitif . Sebahagian besar negara di dunia mengenal pasti pelajar pintar cerdas ini kerana mereka mempunyai kemampuan intektual yang tinggi. Higeria ingin mengubah ekonomi dan meningkatkan standard kehidupan mereka. Oleh demikian keputusan untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar ini adalah sangat penting. Artikel ini membuat kajian dalam mengenal pasti kanak-kanak pintar yang kreatif dan produktif dengan menggunakan “Giftedness Assessment Instrument –GAI” .

Article 5 : Identifying Gifted and Talented Learners – Getting Started
Comment 5 :
Setiap sekolah dan institusi pendidikan mempunyai pelajar pintar dan berbakat dan harus menyimpan senarai pelajar tersebut. Oleh itu, sekolah dan institusi perlu mengenal pasti pelajar-pelajar ini dengan menggunakan instrument yang sesuai seperti senarai semak, ujian, maklumat ibu bapa dan sebagainya.

CONTENT 6 – KEY ISSUES AND PROBLEMS IN GIFTED CHILDREN
Article 1 : Gifted People and Their Problems
Comment 1 :
Anak-anak pintar cerdas selalu cenderung untuk memiliki sikap-sikap tertentu yang menjurus mereka ke arah perkara negatif dan menjauhkan mereka daripada rakan sebaya. Mereka sering berdepan dengan masalah yang tidak berupaya untuk mengadaptasikan kebolehan diri berhubung dengan cirri-ciri kebijaksanaan iQ atau kreativiti dalam sesuatu bidang. Masalah ini dikaitkan dengan emosi dalaman, perasaan dan nasalah untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang sekeliling. Ciri ini akan membawa kesan yang negative seperti menimbulkan salah faham dan pandangan negative. Oleh itu, mereka sering dipandang rendah oleh masyarakat. Ini akan membawa kegagalan mereka menggunakan kelebihan yang dianugerahkan kerana tidak menggunakan keupayaan mereka.

Article 2 : Masalah Sosio-emosi Kanak-kanak Pintar Cerdas
Comment 2 :
Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya rnemperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sama, kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri rnereka. Masalah kanak-kanak pintar cerdas ini juga berpunca daripada tanggapan masyarakat terhadap mereka. Masyarakat mengganAggap mereka adalah lengkap dan ini menjadi tekanan terhadap mereka untuk mencapai apa yang diharapkan oleh masyarakat.


Article 3 : Problems Encountered by Gifted Children


Comment 3 :

Banyak orang berfikir bahawa anak-anak pintar cerdas tidak mempunyai masalah kerana mereka menganggap anak-anak pintar cerdas ini adalah sempurna. Namun, hakikatnya anak-anak pintar cerdas ini mempunyai banyak masalah dari kesempurnaan untuk prestasi rendah.
Kesempurnaan akan menyebabkan mereka takut kepada kegagalan. Tanggapan kesempurnaan yang diletakkan ke atas mereka menyebabkan mereka takut untuk mencuba untuk menggelakkan kegagalan.


Article 4 : Behaviors Problems for Gifted Children


Comment 4 :

Setiap ibu bapa pasti berbangga mempunyai anak-anak pintar cerdas kerana mereka akan berjaya apabila dewasa kelak. Namun, anak-anak pintar cerdas ini mempunyai masalah dengan status yang diberikan kepada mereka ini. Salah satu masalah utama yang berkaitan dengan anak-anak pintar cerdas adalah mereka mudah menjadi bosan. Ini kerana kemampuan mereka belajar adalah melebihi rakan-rakan seusia. Oleh demikian, guru-guru perlu diberi latihan dalam pengajaran untuk berhadapan dengan pelajar pintar cerdas ini.


Article 5 : Underachieving Gifted Students


Comment 5 :

Prestasi rendah adalah berkait rapat dengan konsep pembangunan diri. Anak berbakat yang tidak berjaya di sekolah sering berjaya dalam kegiatan luar seperti sukan, acara-acara sosial, setelah tamat sekolah. Bahkan pelajar yang berprestasi rendah memaparkan  bakat atau minat dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran sekolah. Walaupun mereka mempunyai prestasi rendah namun mereka mempunyai bakat dari segi lain seperti sukan, muzik dan sebagainya. Oleh demikian, masyarakat tidak perlu menyisihkan mereka dan mereka juga perlu diberi perhatian.


CONTENT  7 – APPROPRIATE CURRICULUM FOR THE TALENTED LEARNER
Article 1 : Differentiating Curriculum for Gifted Children
Comment 1 :
Sebuah kurikulum yang berkesan bagi pelajar yang berbakat pada dasarnya adalah kurikulum dasar yang telah diubahsuai untuk memenuhi keperluan mereka. Ciri-ciri unik dari pelajar harus menjadi dasar untuk mengambil keputusan tentang bagaimana kurikulum harus diubah. Sukar untuk generalisasi tentang pelajar pintar cerdas kerana ciri-ciri dan keperluan mereka begitu unik. Namun, sebagai kumpulan, mereka memahami idea-idea kompleks secara cepat, belajar lebih cepat dan lebih mendalam dari rakan-rakan usia mereka, dan mungkin menunjukkan kepentingan yang berbeza daripada rakan-rakan mereka. Mereka memerlukan masa untuk eksplorasi mendalam, memanipulasi idea dan menarik generalisasi tentang konsep yang kelihatannya tidak berkaitan, dan mereka mengajukan soalan provokatif.
Sebuah program yang dibina berdasarkan ciri-ciri ini boleh dilihat sebagai kualitatif (bukan kuantitatif) yang berbeza daripada kurikulum asas; merupakan hasil dari pengubahsuaian sesuai isi, proses, persekitaran, dan produk.
Article 2 : Quality Curriculum and Instruction For Highly Able Students
Comment 2 :
Kurikulum untuk pelajar pntar cerdas merupakan respon terhadap kemampuan belajar mereka. Ini kerana kebolehan pelajar pintar cerdas. Mereka memerlukan kurikulum dan pengajaran yang dapat memenuhi mereka dengan baik. Secara umum, kurikulum untuk pelajar pintar cerdas bermula dengan kurikulum yang baik iaitu, kurikulum yang bermakna, dan tahap yang tinggi. Pengubahsuaian kurikulum untuk pelajar pintar cerdas dapat menentukan tahap cabaran dan memberikan kesempatan disokong untuk mengembangkan minat. Kurikulum yang efektif untuk mereka  akan merespon ke tahap kesediaan masing-masing, minat, dan cara belajar.

Article 3 : Sistem pelajaran perlu diubah untuk keperluan pelajar pintar cerdas
Comment 3 :
Sistem dan kaedah pembelajaran serta pengajaran untuk pelajar pintar cerdas perlu diperbaiki serta diperhebatkan selepas sekian lama ia seakan terabai kerana tumpuan lebih diberikan kepada pelajar golongan khas. Mereka ini mempunyai pemikiran yang luar biasa dan luar biasa daripada segi mereka belajar. Mereka juga perlukan pembelajaran yang baik. Sudah tiba masanya aspek pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk golongan pelajar pintar cerdas diadakan sedangkan di negara-negara lain telah lama wujud.

Article 4 : GLC bantu jayakan Program Pintar

Source : http://rencanaberitaharian.blogspot.com/2008/01/glc-bantu-jayakan-program-pintar.html

Comment 4 :

Permuafakatan pendidikan dilaksanakan menerusi kerjasama antara sektor swasta dan institusi pendidikan dalam menjayakan Program Pintar membuktikan kesungguhan pelbagai pihak yang ingin menjana modal insan demi persediaan masa depan negara untuk terus bersaing. Program itu mempunyai objektif jelas dalam menjana modal insan lebih berdaya saing menerusi penyediaan pakej pendidikan lengkap sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara menyeluruh. Aktiviti P&P dilaksanakan secara menyeluruh dengan menjalankan pelbagai program bimbingan tambahan antaranya, sesi motivasi, kelas pemulihan, kaunseling dan bengkel pembangunan kemahiran.

 

Article 5 : Effective Curriculum and Instructional Model For Talented Students

Source : http://www.sagepub.com/upm-data/7158_tassel_ch_1.pdf

Comment 5 :

Artikel ini membincangkan kurikulum yang berkesan dan model instruktional yang harus membentuk dasar berdasarkan kurikulum yang ada. Ward (1961) mengembangkan teori pembezaan pendidikan bagi pelajar pintar cerdas yang ditetapkan prinsip-prinsip tertentu
yang merupakan kurikulum yang sesuai untuk pelajar pentar cerdas yang akan dibangunkan.


CONTENT 8 -  STRATEGIES AND METHODS FOR TEACHING THE TALENTED
Article 1 : Teaching Gifted Children
Comment 1 :
Pelajar pintar cerdas adalah pelajar yang luar biasa yang memerlukan persekitaran pembelajaran yang sesuai. Pendekatan pengajaran untuk mencipta persekitaran yang memaksimumkan terhadap kemampuan pelajar, memerlukan guru untuk menentukan cabaran dan pertumbuhan berbeza dalam menanggapi minat pelajar berbeza-beza dan tahap kesediaan. Dengan membezakan unsur-unsur kurikulum (kandungan, proses, dan produk) guru dapat menyediakan pendekatan yang berbeza untuk apa pelajar belajar, bagaimana pelajar itu belajar dan bagaimana mereka menunjukkan apa yang telah mereka pelajari.

Article 2 : Strategies For Teaching Gifted and Talented Children
Comment 2 :
Salah satu keluhan yang didengari oleh guru daripada pelajar pintar cerdas adalah mereka mempunyai tugasan yang sama dengan pelajar-pelajar lain. Kebanyakkan ibu bapa sukar untuk memahami perbezaan ini. Mereka melihat anak mereka yang boleh menulis dan membaca dengan baik, boleh melakukan pengiraan matematik dengan mudah dan cepat dan berfikir bahawa dengan memiliki dua kali ganda untuk kerja rumah dan keperluan pelajar sedang dilayani. Malangnya tanggapan mereka adalah salah. Pelajar pintar cerdas ini layak mendapat pendidikan sepadan dengan kemampuan mereka. Contohnya sekiranya pelajar tersebut sudah pandai membaca, mereka tidak perlu dibebanidengan latihan tata bahasa sebaliknya mereka perlu diberi latihan penulisan esei.

Article 3 : Gifted Classroom Ideas
Comment 3 :
Pelajar pintar cerdas  adalah mereka yang memaparkan bakat yang luar biasa dan kemampuan belajar. Bagi pendidik, mengajar mereka ini sering didekati dengan kegembiraan dan ketakutan kerana anak-anak berbakat memerlukan jpendekatan tertentu dan hal itu tidak selalu ditemui di ruang kelas biasa. Ada banyak kegiatan untuk pelajar pintar cerdas yang mudah diterapkan di dalam kelas, semua yang akan membantu dalam pertumbuhan kanak-kanak emosi dan mental.  Mereka boleh diajar cara berfikir secara kreatif dan kritis dalam membuat refleksi selepas pembelajaran.

Article 4 : Effective Techniques for Teaching Highly Gifted Visual-Spatial Learners

Source : http://www.terra.es/personal/asstib/articulos/profes/profes2.htm

Comment 4 :

Pelajar pintar cerdas menggunakan kedua-dua bahagian otak kanan dan otak kiri yang melibatkan sintesis system yang kompleks, penaakulan induktif dan aktif menggunakan imaginasi dan sebagainya. Antara aktiviti yang sesuai dengan pelajar pintar visualadalah puzzle, transformasi visual, membuat lakaran dan sebagainya. Artikel ini memberi beberapa contoh situasi yang berguna kepada guru untuk diajar kepada pelajar secara visual seperti penggunaan peralatan visual, bahan konkrit dan berfikir sebelum berimaginasi.


Article 5 : Strategies For Teaching Gifted Children
Comment 5 :
Murid yang pintar memerlukan perhatian yang lebih dan persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi mencapai potensi mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mengesan kepintaran anak mereka seawal usia. Murid pintar cerdas juga perlu ditempatkan bersama pelajar lain. Mereka juga akan mendapat manfaat sekiranya diuji dengan cabaran yang lebih dalam kehidupan mereka. Bagi melengkapkan persediaan mereka, kurikulum yang dilaksanakan ke atas mereka mestilah merangkumi pengalaman pembelajaran berdasarkan isu-isu yang biasa dialami oleh orang dewasa.







Content 9 – Creativity, Thinking Skills For The Gifted

Article 1 : Creative Ways o Foster Creativity
Comment 1 :
Dunia memerlukan kreativiti untuk mengatasi dan menyelesaikan pelbagai masalah. Penerokaan dan bermain merupakan asas untuk penyelesaian masalah secara kreatif dan belajar sepanjang hayat. Kreativiti pelajar dan berfikir secara kreatif dapat dipupuk di dalam kelas di mana anak-anak diberikan kesempatan untuk menjelajah material baru dan idea-idea, bermain dengan bahan-bahan atau idea-idea, dan membina pengetahuan baru dan kemahiran. Contohnya, jika guru memberitahu pelajar bagaimana membina sebuah lori dengan Lego, dan kit Lego meliputi roda sehingga bahkan masalah diselesaikan. Ini adalah satu cara memupuk kreativiti di kalangan pelajar.

Article 2 : Developing Creativity in Gifted Children: The Central Importance of Motivation and                      Classroom Climate

Source : http://www.gifted.uconn.edu/nrcgt/newsletter/fall05/fall052.html

Comment 2 :

Kreativiti pelajar pintar cerdas ini perlu dibangunkan. Ini kerana mereka akan menjadi penyumbang yang kreatif dalam bidang seni dan pengetahuan. Ambile (1983) menyatakan bahawa kreativiti mempunyai tiga faktor iaitu pengetahuan, kemahiran kreativiti dan motivasi dalaman dalam menyumbang kepada pengetahuan. Feldhusen (1995) pula menekankan kepada kemahiran metakognitif sebagai aspek kemahiran kreativiti

 

Article 3 : Creativity as an Elusive Factor in Giftedness

Source : http://www.cfge.wm.edu/Gifted%20Educ%20Artices/Creativity.html

Comment 3 :

Kebanyakkan penyelidik mendapati kreativiti merupakan salah satu komponen penting yang perlu dimiliki oleh pelajar pintar cerdas. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar pintar cerdas kurang keupayaan dalam mewujudkan kreativiti dan tidak ramai di antara mereka yang mempunyai IQ yang tinggi merupakan seorang yang kreatif. Jesteru itu, ibu bapa, guru dan masyarakat perlu member galakkan dan peluang kepada mereka untuk meningkatkanmkreativiti mereka memandangkan mereka mempunyai kemampuan yang tinggi untuk melakukan sesuatu.


Article 4 : Enhancing Critical-Thinking Skills in Children: Tips for Parents

Source : http://www.dukegiftedletter.com/articles/vol6no4_feature.html

Commnet 4 :

Kemahiran berfikir secara kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah dan mendorong ke arah pertimbangan yang baik. Ia juga melibatkan penjelasan idea bagi mempertingkatkan pemahaman dan keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan. Selain itu, ia juga melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna. Ibu bapa boleh mengemukakan isu-isu yang boleh menggalakkan mereka berfikir secara kritis. Ibu bapa juga boleh dapat menunjukkan pemikiran kritikal dengan cara yang paling efisien untuk melakukan kerja-kerja rumah, mengingati pembelian barang di kedai runcit, memantau kemajuan mereka mencapai tujuan peribadi atau mendekati isu-isu sosial dalam komuniti. Ini dapat menggambarkan bagaimana kita berfikir dan menyelesaikan masalah dan merupakan cara terbaik bagi kita untuk menanamkan pola pemikiran yang serupa pada mereka.


Article 5 : Are Giftedness and Creativity Synonyms in Mathematics?
Comment 5 :
Pelajar pintar dalam matematik dikenal pasti oleh ujian yang melibatkan kraetiviti. Dalam matematik, kreatif matematik merupakan subset yang sangat kecil di dalamnya. Pada peringkat ini, pintar dalam matematik tidak bermakna mempunyai kreativiti dalam matematik tetapi sebaliknya tentu benar. Pada artikel ini, membina kreativiti matematik dan pintar dalam  matematik dibangunkan melalui sintesis dan analisis melalui literatur umum tentang kreativiti dan kepintaran. Pengertian kreativiti dan kepintaran di tahap profesional yang adalah membandingkan dan perbezaan untuk mengembangkan prinsip-prinsip dan model yang secara teoritis "memaksimumkan" keserasian pembinaan ini. Walau bagaimanapun, kepintaran dan kreativiti adalah sinonam dengan matematik. Ini kerana dalam penyelesaian masalah matematik, ia memerlukan kreativiti untuk menyelesaikannya.